Kecacatan Penglihatan
Kecacatan penglihatan boleh terjadi di kalangan pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza.
Gangguan penglihatan boleh berada pada tahap penglihatan rendah kepada tahap buta. Di Malaysia, keadaan buta untuk semua peringkat meliputi 0.2% dan tahap penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk (berdasarkan National Eye Survey 1996). Kecacatan penglihatan di kalangan kanak-kanak berumur antara 7-15 tahun adalah 0.1% (berdasarkan Refractive Error Study in Children, 2003).

Gambarajah mata normal menunjukkan bahagian-bahagian bola mata
Gangguan pada kornea, kanta, gelemaca, retina dan saraf optic boleh menyebabkan kecacatan penglihatan.
Bilakah seseorang itu dikatakan mengalami cacat penglihatan?
Menurut World Health Organization (WHO) Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila:
- Penglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan sebagainya.
- Tahap medan penglihatan (visual field) kurang dari 10 darjah pada kedua-dua belah mata.
Kebanyakan orang yang cacat penglihatan masih mempunyai sedikit penglihatan. Walaupun mereka menggunakan tongkat, tidak bermakna mereka tidak dapat melihat apa-apa pun.
Sebab-sebab kecacatan penglihatan
Apakah penyebab cacat penglihatan?
- Bayi dan peringkat awal kanak-kanak.
- Kecacatan 'congenital'/ semulajadi seperti 'congenital cataract, congenital glaucoma'.
- Masalah semasa hamil seperti jangkitan kuman akibat 'rubella, toxoplasmosis' dan minum arak (alcohol).
- Penyebab perinatal - 'retinopathy of prematurity'
- Jangkitan kuman pada mata - 'ophthalmia neonatorum'
- Peringkat lewat kanak-kanak.
- Rabun disebabkan 'Refractive Error'
- Ambliopia/mata malas
- Juling
- Parut pada lapisan kornea - jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A
- Penyakit akibat keturunan - 'albino, retinitis pigmentosa'
- Orang dewasa
- Rabun akibat Refractive Error
- Katarak
- Retinopati diabetik
- Glaukoma
- Degenerasi Makular akibat penuaan (Age related Macular Degeneration)
- Sebab-sebab lain.
- Jangkitan kuman pada mata
- Kecederaan pada mata - tercucuk, terkena bahan kimia.
- Barah mata - 'retinoblastoma'
Tanda dan gejala
Apakah tanda dan gejala kecacatan penglihatan?
Orang dewasa boleh memberitahu oaring lain sekiranya mereka mengalami gangguan penglihatan.
Kanak-kanak selalunya tidak mengadu tentang masalah penglihatan mereka. Oleh itu, ibubapa, penjaga dan cikgu harus peka akan masalah penglihatan kanak-kanak danperhatikan perkara-perkara seperti berikut:
- Rupa wajah: Mata yang melilau (tidak fokus), Juling atau anak mata kelihatan putih.
- Tingkahlaku: e.g. Sering menggosok mata, kepala yang senget, mengecil/menyepetkan mata, berkedip-kedip, sering terlanggar objet, keliru dengan perkatan yang tertulis, menonton TV dan membaca pada jarak terlalu dekat.
- Aduan: Sering mengadu sakit kepala dan kadangkala muntah, kabur atau Nampak dua imej dan sensitif pada cahaya yang keterlaluan.
Kecacatan penglihatan boleh berlaku secara:
- Tiba-tiba ( contoh. Glaukoma akut, kecederaan kimia, Lekanagn retina) atau
- Perlahan-lahan (contoh Refractive error, katarak, Glaukoma kronik, Retinopati Diabetik , Degenerasi Makula)
Bagaimanakah kecacatan penglihatan boleh dikesan?
- Pemerhatian terhadap rupa paras, tingkahlaku dan aduan seseorang seperti yang diterangkan di atas.
- Ujian penglihatan dengan menggunakkan Carta Snellen yang boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di seluruh negara.
- Bagi kanak-kanak, ujian penglihatan boleh dilakukan dengan menggerakkan alat mainan yang berwarna terang seperti merah dan perhatikan pergerakan matanya samada ia mengikut pergerakan alat mainan tersebut.
- Ujian lain adalah seperti ujian medan penglihatan secara ‘confrontation atau perimetry’, yang dilakukan oleh pegawai yang terlatih.

Gambar menunjukkan Carta Snellen (digunakan untuk ujian ketajaman penglihatan)
BAHAGIAN
MATA DAN PUNCA MASALAH PENGLIHATAN
Bahagian
Mata
Bahagian
|
Keterangan
|
Kornea
|
merupakan
selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata.
Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa mata.
|
Retina
|
lapisan
mata paling dalam yang peka kpd cahaya mata hitam.
|
Makular
|
merupakan
kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada tisu sekelilingnya
|
Iris
|
bahagian
yang paling jelas pada mata. Mempengaruhi warna mata.
|
Kanta
Mata
|
bersifat
lut sinar, menfokus objek pada jarak yang berbeza-beza
|
Pupil
|
bahagian
tengah anak mata, berwarna hitam, di kelilingi oleh iris, mengawal jumlah
cahaya yang masuk ke dalam mata.
|
Punca
Terdapat pelbagai punca bagi kecacatan ini termasuk:
1. baka
dan keturunan
2. komplikasi
semasa hamil dan semasa lahir
3. Rubella
Rubella
adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan
kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung
antara satu hingga tiga bulan.
4.
sifilis
JENIS- JENIS MASALAH PENGLIHATAN
- Low Vision/ penglihatan terhad
I. Miopia/ rabun jauh
Objek dekat saja dapat difokuskan
dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang atau kuasa kanta mata yang
terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan retina.
Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung yang
memapah cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina ( Hallan dan Kauffman,
1994)
II. Hiperopia/ rabun dekat
Objek jauh dapat difokuskan dengan
jelas kerana biji mata terlalu pendek ataupun kuasa kanta mata yang terlalu
rendah. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu di belakang retina. Kecacatan ini
boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung yang menumpukan
cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina (Hallan dan Kauffman, 1994)
III. Presbiopia
Masalah ini disebabkan kekenyalan
kanta mata dan biasanya berlaku di kalangan orang tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan
dengan memakai cermin mata berkanta Bifokal. Bahagian atas kanta digunakan
untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.
IV. Astigmatisme
Cahaya tidak dapat difokuskan pada
titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata
berkanta bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan
bahagian bawah digunakan untuk membaca.
V. Rabun warna
Rabun warna bukanlah merupakan
kerabunan tetapi kecacatan penglihatan yang menyebabkan seseorang yang
mengalaminya tidak dapat membezakan warna khususnya warna asas. Ia adalah
kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan kira-kira 8% lelaki dan 0.4%
perempuan (Norini Salleh, 1993). Orang yang menghadapi rabun warna sering
mengalami kesulitan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau. Ujian
mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan menunjukkan beberapa plat buku yang
mengandungi titik berwarna yang berbeza untuk dijadikan nombor tertentu.
Nombor-nombor ini akan disalahtafsirkan oleh orang yang rabun warna. Terdapat
tiga jenis rabun warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru),
dan monokromat hanya menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.
VI.Rabun malam
Ia adalah kecacatan disebabkan oleh
keturunan. Ia sukar dikesan dan mungkin menjejaskan pekerjaan seseorang.
Keadaan ini tidak dapat dirawat.
VII. Penglihatan terowong
Penglihatan
yang terhad. Hanya sebahagian saja objek yang dapat dilihat.
VIII. Strabismus (juling)
Oleh kerana tidak ada koordinasi di
antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas,
terpesong keluar atau tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak dapat
memfokuskan pada satu tang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam
bulan apabila penglihatannya kabur.
IX. Ambliopia (mata malas)
Masalah ini mungkin disebabkan
juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu,
penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. Keadaan ini boleh dirawat
sebelum umur tujuh tahun.
X. Glaukoma
Masalah ini disebabkan tekanak pada
biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan seterusnya menjejaskan
penglihatan. Biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun ke atas.
XI. Diplopia
Mereka yang menghadapi masalah ini
akan mengalami masalah di mana semua objek nampak dua.
XII. Albinisme
Mereka yang menghadapi masalah ini
sangat sensitif pada sinaran cahaya. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh keturunan.
Ciri-ciri kanak-kanak Low Vision/
penglihatan terhad
Masalah penglihatan boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar
dikesan pada peringkat awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu
dan tidak tahu bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan
penglihatan terhad biasanya dapat dikesan pada peringkat prasekolah, tetapi
kecacatan yang sepenuhnya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah.
Hewett dan Forness (1974) menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga
cara iaitu rupa, tingkahlaku dan aduan. The National Society For The Prevention
Of Blindness (1972) pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a) Rupa
Mata kanak-kanak bermasalah
penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak normal antaranya ialah:
I. Sentiasa
mengerdip dan menggosok mata.
II. Penglihatan
kabur dan kadang kala menjadi dua imej
III. Juling
iaitu memutar-mutar matanya bila melihat sesuatu
IV. Kelopak
mata keras, bengkak dan merah di keliling
V. Bahagian
tepi matanya berwarna merah
VI. Mengadu
sakit mata kadang kala mata selalu berair kerana terlalu sakit
VII. Katarak-
bahagian anak mata berbintik putih, berkabut dan kelam
VIII. Mata
yang terlalu sensitif kepada sebarang cahaya.
SOALAN
RUJUKAN
http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-orang-kurang-upaya/kecacatan-penglihatan
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/bahagian-mata-dan-punca-masalah.html
http://lisazadora.blogspot.com/2012/07/jenis-jenis-masalah-penglihatan.html
.jpg)

No comments:
Post a Comment