I'M FATIN AMIRAH
I'M LYAA
~INTRO~
Assalamualaikum dan salam sejahtera..kami berdua merupakan guru pelatih di IPG Kampus Ilmu Khas dalam kursus Pra Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Kumpulan J1.3 dalam pengkhususan Pendidikan Khas(Masalah Penglihatan).
KEMAHIRAN BELAJAR

apa itu kemahiran belajar ??
Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3),
kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar
diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini kerana
adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ
deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman
atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta
perubahan tingkah laku seseorang.
Dengan kata lain, belajar
adalah satu prosestindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan
suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar
juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses
maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau
peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Di samping itu, belajar adalah cara
memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan
juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat boleh didapati dalam diri manusia.
Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan.
Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada
zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu
adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok
masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga
mana-mana peringkat kelulusan pun.
Namun, dalam keadaan sedar atau pun
tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia
juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa secara formal.
Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana manusia
mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari
pengalaman hidup.
Ramai yang menganggap belajar hanya
boleh berlaku di dalam kelas, bersama guru yang mengajar, mengambil nota, dan
mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana
dan bila-bila malah
dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar
untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.
dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar
untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.
Manakala, definisi bagi kemahiran
belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru
atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran
belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran
belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi
tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran
tertentu.
Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992)
menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih
cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka
mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan
kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada
para pelajar.
Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar
adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai,
memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran
Belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar
untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju kearah
pembelajaran seumur hidup.
Kesimpulannya, dalam usaha untuk
mendapatkan kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang
pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan Kemahiran Belajar yang
diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.
KEMAHIRAN BELAJAR
MIND MAP
FATIN AMIRAH BT.MOHD SUHAIMI
TUGASAN 1
TUGASAN 2
MIND MAP
NURUL ALYA BT.KHAIRUL FAUZI
TUGASAN 1
TUGASAN 2
RUJUKAN
http://cheguuafinur.blogspot.com/2012/08/definisi-kemahiran-belajar.html
http://www.youtube.com/watch?v=3vLFxGQ1JTY
http://www.youtube.com/watch?v=wVqxuE0_p-U









No comments:
Post a Comment